My pleasure~

Friday, 12 April 2013

Bicara Sialan

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.



Aku halalkan bicara sialanmu,
Aku halalkan omogan jahanammu,

Aku fikir kau manusia kerdil tapi aku meleset.
Kau manusia keparat.

Benar aku bodoh,

Benar kau bijak,

Bodoh aku menyanjungimu walau kau ludah dengan bicara sialan.

Bijak kau mengatur langkah, bermain kata indah berselindung disebalik kata-kata 'fisabillilah'







Wednesday, 20 March 2013

Greeting




YaAllah aku rindu pada manusia ciptaanmu.


Assalammualaikum.

My friend wrote a letter to a girl that he admire, but that letter never meant to be send.
He wrote a touch letter to express his feeling to his girl. He really love his girl. He care everything about his girl even the simple thing.  But not every love story will end happily. He may not the lucky one. 

Reading my friend letter, inspired me to wrote one to someone that i hope will read this.

 Today, tonight allow me to spread a Love. 
Allow me to share about my story. 
Allow me to remember  memory that I been through. 


Saturday, 9 March 2013

JERIT !!





Aku laung nama kau berkali-kali.
Tapi dalam hati.
Aku tekan dada sekuat-kuat kudrat. 
Aku tahan rindu separuh mati.

Aku lemah, terkulai.
kuyu mata lihat jasad kau terus berjalan.
"tolehlah, walau seminit !!"
rayu aku dalam maya.
tak dengar, kau terus jalan.



Terjelopok aku tepi jalan. 
sedih, pedih tahan rindu.
tak terdaya lagi.

Akhir aku jerit nama TUHAN. 
MALU
...
Malu aku mengemis simpati Tuhan. 
Aku hamba yang selalu lupa pada janji.

"Ya ALLAH, Kuatkan aku Ya ALLAH, Aku tak terdaya lagi ya Allah"
aku menjerit sekuat hati.
mengemis bantuan  dan pelindungan ALLAH.
Mengalir air dari kelopak mata.
Aku betul-betul lemah, terkulai, tak berdaya saat itu.
Sambil menahan malu yang tidak terhingga kepada Tuhan.


4 Bulan da berlalu.
Aku masih senyum, Tarima Kasih Ya Allah.




RZA

Wednesday, 6 March 2013

Mr. Stranger



Hai Mr. Strange,
We stranger again !


This feeling doesn't harm me !
 I keep smile :) 



Saturday, 2 March 2013

Peluru M16





Banyak yang aku nak catatkan tapi akhirnya semua kaku dekat hujaung jari.
Keluh lelah penat.

Toleh kanan toleh kiri. SUNYI!!
Berduyun manusia memenuhi ruang bulat
tapi aku tetap sunyi. 
Aku ketuk-ketuk telinga kanan telinga kiri tapi tetap sunyi.

Aku cuba bisik dekat manusia yang konon rapat denggan jiwa.
tapi aku seolah angin. boleh ditembus. invisible. 
kini suara aku pula mute. BISU!

penat aku menjerit sampai hujung tekak tapi tak ada siapa menoleh.
Tapi aku yakin aku tidak bisu, aku tidak pekak.

Jantung macam ditembak berdas-das peluru M16 
sesak. nafas dihujung garisan.


Aku rindu ruang bulat lama. Aku rindu kisah dongeng lama.
Tapi setiap kali rindu itu datang.
sekali lagi jantung aku ditembak berdas-das peluru M16.


.............................................





Monday, 28 January 2013

ROBOT



" You can't be trusted "

Seorang manusia yang memulakan satu pecaturan. Hebat menghujah manifesto tentang masa depan. Lagak cara cakapnya meyakinkan, aku mangsa sebuah omong kosong ! 
Yakin memulakan sebuah harapan tetapi takut untuk meneruskan. kenapa kau hidup dalam kelam masa lampau. Kenapa aku yang kau heret menjadi puppet, boneka bodoh.

Jahanam!
Muka merah menahan marah. aku cuba luah tapi aku bisu.
Kau robot, manusia kamus yang hidup dengan dunia sempurna kau.

Aku manusia boneka.
kita tiada beza mungkin. 
atau aku hidup dalam kau!

pertama, kedua maaf tak ada yang ketiga! 
AKU SEDANG BERSEDIH WAHAI MANUSIA ROBOT!






Tuesday, 15 January 2013

Encik Ahmad Fathul Hakim

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Sebelum memulakan apa-apa bicara saya memohon maaf jika kata-kata ini menguris hati mana-mana pihak.

Entry khas untuk En. Ahmad.

Umur saya 21 tahun, masih hijau untuk kenali manusia,Tp Saya pegang beberapa prinsip. Prinsip tentang Manusia. Saya tidak membawa idealism hebat untuk saya persembahkan kepada En. cuma beberapa pegangan dan prinsip yang saya semat untuk menjadikan saya Gadis Semasa. 

Mungkin yang digengam bukan segulung Degree. Diploma pon belum tentu lagi lulus atau mati. Tapi saya yakin, genarasi kini bukan generasi jumud, bodo atau jahil. Kalau ilmu diukur dgn segulung penghargaan maka berhentilah bumi berputar.    
*no point actually 

En. yang dihormati,
Segala kata kelat pahit dan kurang beradap yang telah dilemparkan harap dimaafkan. Bukan niat nak meraih undi, cuma nak meloloskan diri dari kepompong kebisuan Encik. En. harus tahu berapa terujanya saya apabila En. berusaha untuk mendampingi saya walaupun banyak kali disakiti dan dimaki.

Cuma kadang-kadang En dan saya (peringatan untuk diri sendiri) harus sedar dan tahu yang selama 21 tahun saya hidup dan 24 tahun En. hidup kita terdedah dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling dimana keadaan tersebut telah membentuk kita pada hari ini. Saya yakin, mungkin kita mempunyai asas agama yang sama tetapi didikan yang berbeza.  Zahirnya mungkin kelihatan serupa tetapi hasilnya antonim.

Jadi daripada bersusah payah cuba untuk membentuk, mengapa tidak menerima seadanya. Daripada boleh menjerit kenapa membisu, Ini idealogi bodoh dari saya. Mungkin sampah untuk cendiakawan, hartawan mahupun dermawan.

Keputusan telah diambil. Saya menghormati keputusan Encik.
Mungkin saya gagal dalam ujian En. dan Mungkin juga En. gagal dalam ujian saya.



mungkin ini ceritanya. Maaf sekali lagi * tunduk2 kepala ala2 jepun
Kalau ada jodoh jumpa lagi.
Assalammualaikum.

my life, my rule!