My pleasure~

Tuesday, 15 January 2013

Encik Ahmad Fathul Hakim

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Sebelum memulakan apa-apa bicara saya memohon maaf jika kata-kata ini menguris hati mana-mana pihak.

Entry khas untuk En. Ahmad.

Umur saya 21 tahun, masih hijau untuk kenali manusia,Tp Saya pegang beberapa prinsip. Prinsip tentang Manusia. Saya tidak membawa idealism hebat untuk saya persembahkan kepada En. cuma beberapa pegangan dan prinsip yang saya semat untuk menjadikan saya Gadis Semasa. 

Mungkin yang digengam bukan segulung Degree. Diploma pon belum tentu lagi lulus atau mati. Tapi saya yakin, genarasi kini bukan generasi jumud, bodo atau jahil. Kalau ilmu diukur dgn segulung penghargaan maka berhentilah bumi berputar.    
*no point actually 

En. yang dihormati,
Segala kata kelat pahit dan kurang beradap yang telah dilemparkan harap dimaafkan. Bukan niat nak meraih undi, cuma nak meloloskan diri dari kepompong kebisuan Encik. En. harus tahu berapa terujanya saya apabila En. berusaha untuk mendampingi saya walaupun banyak kali disakiti dan dimaki.

Cuma kadang-kadang En dan saya (peringatan untuk diri sendiri) harus sedar dan tahu yang selama 21 tahun saya hidup dan 24 tahun En. hidup kita terdedah dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling dimana keadaan tersebut telah membentuk kita pada hari ini. Saya yakin, mungkin kita mempunyai asas agama yang sama tetapi didikan yang berbeza.  Zahirnya mungkin kelihatan serupa tetapi hasilnya antonim.

Jadi daripada bersusah payah cuba untuk membentuk, mengapa tidak menerima seadanya. Daripada boleh menjerit kenapa membisu, Ini idealogi bodoh dari saya. Mungkin sampah untuk cendiakawan, hartawan mahupun dermawan.

Keputusan telah diambil. Saya menghormati keputusan Encik.
Mungkin saya gagal dalam ujian En. dan Mungkin juga En. gagal dalam ujian saya.



mungkin ini ceritanya. Maaf sekali lagi * tunduk2 kepala ala2 jepun
Kalau ada jodoh jumpa lagi.
Assalammualaikum.

my life, my rule!





No comments:

Post a Comment